Berpuluh-puluh Agama besar dan beratus agama dan kepercayaan kecil terdapat di seluruh dunia. Semua Agama dan kepercayaan ini diujudkan atau dibawa oleh seseorang pada masa dan tempat yang berbeza mengikut kehendak dan kefahaman manusia yang hidup di kawasan tersebut.
Pelbagai konsep, cara sembahyang, cara hidup, tradisi dan ritual diperkenalkan oleh pengasas-pengasas agama dan fahaman tersebut, tetapi tujuannya tetap sama ; untuk menunjuk ajar manusia cara hidup yang betul dan membawa sekalian manusia ke arah kebebasan dari dunia ini dan membuat persediaan untuk ke dunia dan kehidupan berikutnya.
Jika di teliti dengan betul asas ajaran semua agama dan kefahaman di dunia masih sama . Hanya orang-orang yang menganuti agama tersebut tidak faham asas ajaran agama mereka dan agama-agama yang lain. Manusia biasanya salah faham atau salah tafsir ajaran sesebuah agama apabila pengasasnya meninggal dunia tanpa meninggalkan pengantinnya yang betul.
Di dunia hari ini masalah penting yang dihadapi manusia sekarang ialah orang -orang yang mengakui dirinya ketua sesebuah ajaran atau agama tidak memahami konsep dan asas ajaran agama dan asas ciptaan Tuhan. Orang-orang yang mengakui dirinya alim, Imam, bijak, berpendidikan tinggi, dan sebagainya tidak ingin mendalami agama mereka sendiri dan agama-agama yang lain. Ini menyebabkan banyak masalah, salah fahaman dan rusuhan di antara kaum dan agama .
Apabila saya mempelajari dan mendalami semua agama besar di dunia, ia didapati asas ajaran semua agama tersebut tetap sama . Hanya mempunyai beberapa berbezaan kecil di bahagian ritual, tradisi, makanan, pakaian, sembahyang dan sebagainya.
Hasil kaji selidik saya :
Persamaan Konsep kehidupan dalam semua Agama.
- Manusia berhak di atas semua yang terdapat di dunia ini.
- Manusia bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan semua benda hidup.
- Dilarang membunuh manusia dan binatang lain.
- Dilarang menyeksa manusia dan binatang lain.
- Dilarang memotong pokok dan tumbuh-tumbuhan dengan sewenang-wenangnya.
- Semua manusia adalah sama martabatnya.
- Manusia patut membantu satu sama lain.
- Manusia yang kaya patut memberi zakat.
- Manusia yang lemah dan miskin patut dilindungi oleh manusia yang berkebolehan.
- Setiap manusia patut menghormati kepercayaan dan tradisi manusia yang lain.
- Tuhan hanya satu.
- Dialah yang mencipta sekalian alam ini.
- Kepada Dialah manusia patut minta pertolongan dan mohon maaf bagi dosa mereka
- Tuhan akan menghukum manusia yang buat kesalahan.
- Apa yang kita ada dan tiada adalah seperti yang dikehendaki Tuhan.
0 komentar:
Posting Komentar